Nasi Briyani Saffron

Recipes

Nasi Briyani Saffron

Bahan
  • 100gm minyak sapi
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 4 sekawan : bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga
  • 3 helai daun pandan
  • 3 batang serai
  • ½ inci halia
  • 10 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang kecil
  • 2 helai daun salam
  • 2 sudu besar serbuk garam masala
  • 1.5kg beras bathmati
  • 1 tin susu cair
  • 300ml air
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
  • Saffron Yusuf Taiyoob 1gm
  • Beberapa helai daun pudina
  • Beberapa helai daun ketumbar
  • Bawang goreng
Share With Your Friends Now
Explore Our Products

Our Products

Bahagian 1 (Bahan Tumis):
  • Panaskan 100 gram minyak sapi dan 3 sudu besar minyak masak dalam kuali.
  • Masukkan 4 sekawan rempah iaitu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga.
  • Tambahkan 3 helai daun pandan dan 3 batang serai yang telah diketuk.
  • Masukkan ½ inci halia, 10 ulas bawang putih, serta 10 ulas bawang kecil yang telah dihiris.
  • Tambahkan 2 helai daun salam dan 2 sudu besar serbuk garam masala.
  • Tumis bahan-bahan ini sehingga naik bau dan wangi.
Bahagian 2
  • Masukkan 1.5 kg beras basmati yang telah dicuci dan direndam selama 10 hingga 15 minit ke dalam bahan tumis yang telah disediakan.
  • Tambahkan 1 tin susu cair dan 200 ml air.
  •  Masukkan 1 sudu besar garam dan 2 sudu besar gula dan kacau sehingga semua bahan sebati.
Bahagian 3
  •  Sediakan 100 ml air panas dan masukkan beberapa helai saffron ke dalamnya.
  •  Rendam saffron tersebut selama 10 hingga 15 minit.
  •  Tuangkan air saffron yang telah direndam tadi ke atas nasi briyani yang sudah dimasak.
  • Taburkan beberapa helai saffron ke atas nasi briyani untuk penampilan dan aroma.
  •  Taburkan daun pudina, daun ketumbar, dan bawang goreng di atas nasi briyani.
  • Nasi briyani kini siap untuk dihidangkan.